CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Sabtu, 2 Mei 2009

Coretan terakhir



Assalamualaikum ..
Aku kembali di sini menatap, mengemas dan mengisi sedikit ruang kosong berdebu yang telah aku tinggalkan beberapa hari ini.

Alhamdulillah kini aku telah berubah status daripada 'pelajar' kepada 'pekerja' kepada 'isteri' kepada 'ibu' dan kepada 'pelajar lagi' sekali (PJJ UPM) .Aku kini diterima lagi belajar di salah satu institusi pengajian tinggi Tanah Air (UPM) .Syukur yang teramat sangat terhadap Allah swt.

InsyaAllah aku juga bakal mendapat ijazah yang aku idam-idamkan sejak dibangku sekolah lagi pada penhujung tahun 2010. Semasa aku memulakan pengajianku di UPM, aku dikurniakan seorang bayi perempuan yang sangat comel. Syamimi Batrisyia adalah satu nama yang kami cipta untuk putri kami yang tercinta setelah sekian lama ditunggu-tunggu.

Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang penyayang, sabar, memahami dan selalu membantu ku walau dalam apa jua keadaan. disamping seorang ibu dan adik beradik yang sangat menyayangiku.

Walaubagaimanapun aku adalah seorang insan yang berdikari sejak dibangku sekolah lagi. Aku bersyukur juga dikurniakan kekuatan untuk menempuhi hidup yang serba kekurangan sejak kecil lagi. dan alhamdulillah skarang aku berbangga dengan apa yang aku ada dan harta yang aku miliki iaitu suami, ibu, anak dan adik beradikku.

Aku juga berbangga kerana dapat belajar membuat blog yang selama ini ku anggap begitu sukar. Dulu aku malu dengan adik-adik dan kawan-kawan yang rata-rata semuanya maju ke depan dengan friendster, facebook, blog dan lain-lain. skarang tidak lagi, aku juga sudah maju ke depan, sudah ada blog, facebook dan juga friendster. Jangan terkejut sekarang sudah ramai yang ingin berguru dengan ku.

Dalam blog ini aku memaparkan beberapa slot yang aku rasa sesuai dengan jiwaku seperti resipi masakan, gambar-gambar anakku, lirik lagu dan sedikit sebanyak tentang keluargaku. ada juga slot-slot yang menarik seperti perbandingan waktu seluruh dunia, gambar yang menarik perhatianku dan petua-petua cinta.

Di slot tepi aku memaparkan profil diri, gambar, lagu, video-video, jam dan banyak lagi. Sudi-sudilah melayari blogku untuk lebih memuaskn hati. Insyaallah blog ini akan ku kemas kini dari semasa ke semasa.

Alhamdulillah berjaya juga aku menyiapkan blog ini. Akhir sekali doakan kami sekeluarga semoga bahagia dunia akhirat.

amin